Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat Indonesia menangis tonton lakonan Fattah

    Aktor Fattah Amin mendedahkan ada penonton menangis sehingga insiden berkenaan menjadi tular gara-gara watak doktor psikiatri merangkap dukun dalam filem Trinil: Kembalikan Tubuhku.

    Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkata kejadian itu berlaku di Bandung dan dimaklumkan sendiri oleh salah seorang pelakon filem bergenre seram itu.

    “Kejadian ini berlaku ketika salah seorang pelakon, Rangga Nattra menghadiri sesi promosi filem ini.

    “Selepas filem tamat dan mereka keluar dari panggung, tiba-tiba ada penonton datang berjumpa Rangga marah-marah sambil memukulnya.

    “Ini kerana tak berpuas hati dengan apa yang dilakukan kepada saya dalam filem berkenaan.

    Fattah mengakui teruja dapat banyak maklum balas positif mengenai wataknya itu. – mStar

    “Insiden ini cukup mengejutkan dan saya tak sangka watak Yusuf membuatkan ada penonton beremosi,” katanya kepada BH Online.

    Fattah berkata, dia dipertemukan dengan peminat wanita itu ketika ke Jakarta untuk hadir sesi promosi.

    “Dia sanggup datang dari Bandung semata-mata untuk jumpa saya. Sudah berjumpa pun dia tetap menangis.

    “Selepas ditenangkan, barulah dia nampak gembira,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Trinil: Kembalikan Tubuhku, kelmarin.

    Berkongsi lanjut, suami kepada pelakon Nur Fazura itu mengakui teruja dapat banyak maklum balas positif mengenai wataknya itu.

    “Susulan insiden ini, ramai mula bercakap mengenai watak Yusuf termasuk dalam media sosial.” – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda