Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pen suntikan palsu Ozempic diedarkan di Eropah

    PARIS, 23 OKT – Pen suntikan palsu Ozempic, ubat diabetes yang sangat popular yang menjadi tular di media sosial sebagai cara untuk menurunkan berat badan telah mula diagihkan di Eropah, pihak berkuasa perubatan memberi amaran.

    Ozempic, yang melibatkan suntikan sekali seminggu daripada alat suntikan separa penuh, asalnya dicipta untuk merawat diabetes jenis 2.

    Walau bagaimanapun, sejak ia diketahui ubat itu berkesan dapat mengurangkan berat badan, permintaan besar-besaran tanpa ‘pengesahan jelas’ telah mengakibatkan kekurangan stok.

    Kini, alat suntikan pra-penuh yang dipalsukan dengan label Ozempic telah dikenal pasti di beberapa pengedar di EU dan UK, menurut Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA).

    Gambar hiasan dari Canva

    Pada Ahad, pihak berkuasa ubat-ubatan ANSM Perancis berkata bahawa ‘sebagai langkah berjaga-jaga, kami menyeru semua pengedar dalam rantaian bekalan untuk berwaspada’ mengenai produk palsu tersebut.

    Menurut kenyataan EMA minggu lalu, alat suntikan palsu tersebut mempunyai label dalam bahasa Jerman dan berasal dari pengedar borong di Austria dan Jerman.

    “Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa mana-mana alat suntikan palsu telah disalurkan kepada pesakit daripada farmasi yang sah dan tidak ada laporan mengenai kerosakan kepada pesakit berkaitan dengan ubat palsu tersebut,” kata EMA.

    Polis dan pihak berkuasa perubatan Kesatuan Eropah sedang menyiasat isu tersebut, tambah EMA.

    Pengawas Perubatan Jerman, BfArM, telah mengeluarkan gambar alat suntikan palsu, yang menunjukkan bahawa ia kelihatan sangat berbeza daripada versi rasmi.

    Pemalsuan itu pertama kali disedari kerana nombor siri yang tidak aktif. – AFP

     

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda