Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    Penang FC sasar kelompok enam terbaik Liga Super 2023

    BATU KAWAN, 2 FEB – Penang FC menyasarkan menduduki kelompok enam terbaik dalam saingan Liga Super 2023 yang dijadual bermula 24 Februari ini.

    Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Penang FC, Soon Lip Chee berkata skuad Harimau Kumbang mengambil langkah proaktif dengan membuat pemilihan pemain dan menyediakan latihan yang lebih baik.

    “Pada tahun ini, kami sangat tegas dengan melakukan ujian kecergasan bagi menguji kemampuan pemain… jika mereka sesuai dan berdaya tahan maka kami akan menandatangani kontrak dengan pemain itu. Kami juga menilai pemain melalui perlawanan persahabatan dan berdasarkan perlawanan terbabit, kita boleh mengenal pasti potensi pemain.

    “Setakat ini, Penang FC mempunyai 27 pemain berusia dalam lingkungan 30an, tujuh daripadanya dari Brazil, Korea Selatan, Jepun dan Lubnan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi Penang FC di sini malam tadi.

    Soon berkata semua pemain sudah bersedia untuk memulakan musim 2023 dengan menentang KL City FC di Stadium Kuala Lumpur pada 25 Februari ini.

    Beliau berkata Penang FC berjaya menduduki tempat tiga teratas pada musim 2021 namun berada di kedudukan tercorot musim lepas dengan hanya mencatat dua kemenangan, lima seri dan 15 kekalahan.

    “Kami sedang berusaha untuk bangkit cemerlang. Oleh itu, kami mengambil semua langkah dengan membuat pemilihan pemain yang tepat dan menyediakan latihan yang lebih baik untuk pemain,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...