Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penarikan balik pertuduhan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Pihak pendakwa kelmarin telah menarik balik pertuduhan terhadap seorang warga Pakistan kerana mendorong seorang wanita untuk menggunakan dokumen palsu, namun tidak bebas tuduhan.

    Dengan permohonan itu, Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid melepaskan Mujahid Abbas Malik, 58, tetapi masih terikat dengan tuduhan mengarahkan seorang wanita menggunakan dokumen palsu, dalam bentuk pemindahan saham bagi sebuah syarikat yang diperbadankan di Brunei antara akhir Julai dan awal Ogos 2017.

    Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Haji Abdul Latiff pertama kali menghadapkan pertuduhan terhadap Mujahid pada 8 Julai 2021.

    Mujahid menafikan pertuduhan itu dan perbicaraan dijadualkan hari ini. Peguam bela Mujahid, Daud Ismail memperjuangkan pembebasan penuh anak guamnya, bagaimanapun, mahkamah enggan membuat perintah itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda