Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencarian ‘singa’ dihentikan

    BERLIN, 21 JULAI – Polis Jerman hari ini menghentikan pencarian haiwan liar yang pada mulanya dipercayai sebagai seekor singa betina yang berkeliaran di pinggir Berlin selepas menentukan ia lebih berkemungkinan seekor babi hutan.

    Dalam satu kisah yang memperdaya rakyat Jerman dan menimbulkan pelbagai meme satira di media sosial, dua orang pada awal Khamis telah melihat apa yang kelihatan seperti singa betina mengejar seekor babi hutan di sebatang jalan di luar ibu negara dan merakam video pendek yang kurang jelas.

    Bagaimanapun, akaun mereka dan penglihatan oleh pegawai dari kereta polis kekal sebagai satu-satunya bukti haiwan yang lebih banyak berada di savana Afrika berbanding tanah berpasir di timur Jerman.

    Datuk Bandar Kleinmachnow, Michael Grubert, memberitahu wartawan sekitar 1100 GMT pada hari ini bahawa pencarian telah dihentikan apabila pakar menentukan ia mungkin merupakan haiwan yang lebih biasa di rantau ini.

    “Semuanya menunjukkan bahawa ia bukan seekor singa betina,“ kata Grubert. Haiwan yang dipercayai sebagai singa betina dalam video amatur asal adalah ‘dengan pasti’ seekor babi hutan, katanya.

    Dua pakar ‘termasuk seorang dari Afrika Selatan’ telah menilai video itu, membandingkannya dengan imej singa yang berkeliaran dan mendapati perbezaan yang ketara.

    “Kedua-duanya membuat kesimpulan bahawa tidak mungkin ia adalah seekor singa,” kata jurucakap bandar Kleinmachnow, Martina Bellack dalam satu kenyataan. – AFP

    Pakar haiwan dan pegawai polis berdiri di kawasan hutan di daerah Zehlendorf di Berlin, Jerman, 20 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda