Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran keputusan PCKSA dibukakan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Pendaftaran bagi mendapatkan keputusan peperiksaan Pemilihan Calon ke Sekolah Arab (PCKSA) bagi tahun 1444H/2023M melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) akan dibukakan bermula pukul 10 pagi esok.

    Perkara tersebut dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB).

    Sehubungan itu, para calon peperiksaan, ibu bapa atau penjaga yang ingin melanggan perkhidmatan tersebut dikehendaki mendaftar terlebih dahulu melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit.

    Pendaftaran boleh dibuat dengan menaip KHEU (jarak) REG (jarak) nombor pusat peperiksaan (jarak) nombor indeks calon dan hantar ke talian 8885555 bagi pelanggan DST, 38666 bagi pelanggan Progresif Sdn Bhd atau 39966 bagi pelanggan imagine Sdn Bhd.

    Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui SMS tanpa sebarang kos kepada pelanggan.

    Keputusan peperiksaan melalui SMS hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan di mana pelanggan akan dikenakan caj bayaran $1 bagi setiap keputusan peperiksaan yang diterima.

    Oleh itu, para pelanggan hendaklah memastikan agar telefon bimbit mereka mempunyai baki kredit yang mencukupi.

    Melalui perkhidmatan itu diharapkan dapat memudahkan para calon, ibu bapa atau penjaga mengetahui keputusan peperiksaan secara individu dengan lebih cepat dan tepat.

    Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kaedah pendaftaran serta terma dan syarat bagi perkhidmatan tersebut, orang ramai bolehlah menghubungi Mach Telecommunications System Sdn Bhd melalui e-mel kheuresults@machbrunei.com.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda