Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk pilih ketua Kg Mumong C dan RPN Panaga A

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 26 NOV – Awang Abdul Rahman Amin bin Jalani dan Awang Muhammad Nurzairie bin Abdullah Peter telah dipilih sebagai ketua kampung bagi Kampung Mumong C dan Skim Perumahan Negara (RPN) Panaga A oleh penduduk masing-masing selepas sesi pengundian berakhir hari ini.

    Pengundian telah bermula dua hari lebih awal iaitu pada 24 November melalui aplikasi e-Undi PMKK, manakala itu, hari ini penduduk kedua-dua kampung te-rus membuang undi secara fizikal di Pusat Tingkatan Enam Belait (PTEB).

    Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad bersama ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Bukit Sawat, Yang Berhormat Haji Mohd Salleh bin Haji Othman dan wakil Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Mohammad Khairol bin Haji Bakar telah hadir untuk menyelia pengiraan undian.

    Awang Abdul Rahman Amin, 39, merupakan calon tunggal bagi Ketua Kampung Mumong C, yang memiliki Diploma Pra-Kebangsaan dalam Pengajian Komputer dan kini bekerja untuk Swift Track Technologies.

    Sementara itu, Awang Muhammad Nurzairie, 49, merupakan calon tunggal bagi Ketua Kampung RPN Panaga A. Beliau memiliki Diploma Kebangsaan dalam Kejuruteraan Penyejukan dan Penyaman Udara dan bekerja sebagai Penolong Teknikal Kanan di Pejabat Daerah Belait.

    Keputusan pengundian akan dikemukakan kepada Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) untuk proses selanjutnya.

    Antara penduduk kampung yang membuang undi pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Kertas undian sedang dikira pada majlis di PTEB, kelmarin. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda