Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Penganjur rumah terbuka diminta cermat urus sisa buangan

    SHAH ALAM, 15 APRIL – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyarankan penduduk yang ingin menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri menguruskan sisa buangan dengan lebih cermat bagi mengelak berlakunya gangguan bekalan air ketika musim perayaan.

    Menerusi hebahan di laman Facebooknya, LUAS menggariskan beberapa panduan yang boleh diikuti penganjur rumah terbuka antaranya memastikan sisa makanan dan sampah pepejal dikumpulkan dan dibuang ke tempat pelupusan sampah untuk dilupuskan pihak berkuasa bagi mengekang pencemaran.

    “Selain itu, mereka yang mengadakan rumah terbuka juga diingatkan agar tidak sesekali membuang sisa makanan atau sampah ke dalam sungai.

    “Pembuangan sisa makanan dan sampah ke dalam sungai adalah dilarang sama sekali kerana boleh menyebabkan pencemaran sungai yang mendorong kepada masalah gangguan air di musim perayaan,” menurut agensi berkenaan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...