Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    AS beri geran AS$6.4B kepada Samsung

    WASHINGTON, 15 APRIL – Amerika Syarikat (AS) mengumumkan hari ini geran sehingga AS$6.4 bilion kepada gergasi semikonduktor Korea Selatan, Samsung, untuk menghasilkan cip canggih di Texas.

    Anugerah itu adalah yang terbaharu daripada kerajaan AS dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya dalam industri cip, terutamanya untuk cip yang diperlukan bagi pembangunan kecerdasan buatan (AI), dari segi keselamatan negara dan juga dalam menghadapi persaingan dengan China.

    Pentadbiran Presiden Joe Biden sebelum ini telah meluluskan berbilion-bilion dolar geran kepada gergasi AS, Intel dan Syarikat Pembuatan Semikonduktor Taiwan (TSMC) bagi mengelakkan kekurangan semikonduktor, yang merupakan nadi ekonomi global moden.

    “Jabatan Perdagangan AS dan Samsung Electronics (Samsung) telah menandatangani memorandum terma awal (PMT) yang tidak mengikat untuk menyediakan pembiayaan langsung sehingga AS$6.4 bilion di bawah Akta CHIPS dan Sains,” menurut kenyataan yang diterbitkan oleh Jabatan Perdagangan.

    Samsung ‘dijangka akan melabur lebih AS$40 bilion di rantau ini dalam beberapa tahun akan datang dan pelaburan yang dicadangkan itu akan menyokong penciptaan lebih 20,000 pekerjaan’, katanya. – AFP

    Orang ramai berjalan melepasi logo Samsung yang dipaparkan pada pintu kaca di bangunan Seocho milik syarikat tersebut di Seoul pada 5 April lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    April bulan terpanas dalam rekod Hong Kong

    HONG KONG, 2 MEI - Hong Kong merekodkan bulan April adalah paling panas sejak rekod meteorologi bermula pada 1884, menurut pemerhati cuaca bandar itu. Suhu...