Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengarah Mehrjui dibunuh oleh bekas pekerja

    TEHRAN, 23 OKT – Badan kehakiman Iran hari ini mengenal pasti seorang suspek berkaitan kematian pengarah Dariush Mehrjui dan isterinya sebagai bekas pembantu rumah, berkata motif itu mungkin disebabkan oleh pertikaian kewangan.

    Mehrjui, 83, dan isterinya Vahideh Mohammadifar, seorang penulis skrip berusia 54 tahun, ditikam hingga mati pada 14 Oktober di rumah mereka di Karaj, sebuah bandar di wilayah Alborz di barat Tehran.

    “Defendan itu telah mengenali mangsa-mangsa yang telah meninggal,” laporan agensi berita rasmi IRNA memetik kata-kata ketua hakim wilayah Alborz, Hossein Fazeli-Harikandi.

    “Defendan utama adalah tukang kebun” di vila Mehrjui pada masa lalu ‘dan dia mempunyai dendam terhadap mangsa disebabkan masalah kewangan’, kata Fazeli-Harikandi.

    Laporan media menyatakan bahawa daripada 10 orang yang ditahan dalam kes pembunuhan itu, empat diantarnya terlibat secara langsung.

    IRNA hari ini menyiarkan video dari lakonan semula tempat kejadian, yang menunjukkan empat individu memasuki rumah.

    Mehruji, menurut rakaman tersebut, dipercayai sedang duduk di sofa sambil menonton TV ketika penyerang tiba di vila itu.

    Minggu lalu Fazeli-Harikandi berkata siasatan telah menunjukkan perbezaan peribadi sebagai motif. – AFP

    Pengarah filem Iran, Dariush Mehrjui dan isterinya Vahideh Mohammadifar menghadiri mesyuarat pengarah filem di Tehran, Iran pada 7 Julai 2015. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda