Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengendali ‘bouncy castle’ didakwa atas kematian kanak-kanak

    SYDNEY, 17 NOV – Pihak berkuasa Australia mendakwa pengendali ‘bouncy castle’ hari ini atas tragedi yang berlaku pada 2021 di mana enam orang kanak-kanak maut setelah angin kencang menerbangkan salah satu struktur permainan kembung ke udara.

    Syarikat itu, Taz-Zorb, telah didakwa melanggar undang-undang kesihatan dan keselamatan, kata Robyn Pearce, pengawal selia kesihatan dan Keselamatan Kerja di Negeri Tasmania, di mana tragedi itu berlaku.

    Angin kencang meniup sebuah istana kembung besar ke udara pada pesta sekolah akhir semester pada Disember 2021, membunuh enam kanak-kanak berumur antara 11 dan 12 tahun.

    Pihak berkuasa pada masa itu berkata kanak-kanak itu dilemparkan dari ketinggian kira-kira 10 meter, memetik laporan saksi awal.

    Pendakwa memfailkan aduan yang mendakwa Taz-Zorb telah “mendedahkan kanak-kanak kepada risiko kematian atau kecederaan serius”, kata Pearce dalam satu kenyataan.

    “Sepanjang tahun lepas saya terus bertemu dengan keluarga kanak-kanak yang meninggal dunia atau cedera dalam kejadian ini dan sekali lagi ingin mengucapkan takziah kepada setiap daripada mereka.”

    Syarikat itu boleh dihukum dengan denda sehingga Aus$1.5 juta (US $ 970,000) untuk kesalahan yang didakwa.- AFP

     

    Gambar hiasan.- Freepik

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda