JEDDAH, 9 JAN – Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata penggantungan dua perlawanan terhadap Vinicius Junior selepas dibuang padang ketika menentang Valencia dalam La Liga adalah tidak adil.
Pemain sayap Brazil itu telah dilayang kad merah ketika kemenangan 2-1 Madrid Jumaat lalu kerana menumbuk leher penjaga gol Valencia, Dimitrievski.
Vinicius akan terlepas dua aksi liga menentang Las Palmas dan Real Valladolid pada Januari tetapi layak untuk beraksi dalam Piala Super Sepanyol minggu ini.
“Kami, saya dan dia mengetahui apa yang berlaku di stadium, penghinaan penggantungan itu tidak tepat,” kata Ancelotti kepada pemberita di Arab Saudi kelmarin, sebelum pertembungan separuh akhir Madrid menentang Mallorca.
Penyerang itu diejek oleh penyokong Valencia semasa perlawanan di stadium Mestalla, di mana pada tahun 2022 dia bertengkar dengan penyokong disebabkan isu perkauman.
Bagaimanapun, La Liga telah melaporkan tentang penghinaan penyokong Valencia terhadap Vinicius kepada jawatankuasa anti-keganasan persekutuan bola sepak Sepanyol kelmarin.
“Saya bosan apabila orang bercakap tentang Vinicius yang membuat provokasi, mereka memesong penghinaan yang diterimanya dari semua orang.
“Kami gembira dengan Vinicius dalam semua perkara,” tambah Ancelotti. – AFP