Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengintip warga Britain dipenjara lima tahun

    BEIJING, 26 JAN – China berkata hari ini ia telah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang warga Britain kerana mengintip pada 2022, dalam satu kes yang tidak dilaporkan sehingga minggu ini.

    The Wall Street Journal pertama kali menyiarkan berita tentang kes ahli perniagaan United Kingdom (UK), Ian Stones kelmarin, melaporkan, memetik keluarganya dan sumber lain, bahawa dia telah menghilangkan diri pada 2018 selepas puluhan tahun bekerja di China.

    Ketika ditanya mengenai laporan itu hari ini, jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin berkata mahkamah Beijing pada 2022 ‘menjatuhkan hukuman pertama terhadap defendan Britain… penjara lima tahun atas jenayah mendapatkan maklumat risikan secara haram untuk ejen luar negara’.

    Selepas rayuan, tambahnya, kes itu dikekalkan pada September tahun lalu.

    Wang, merujuk kepada Stones dengan nama Cina, berkata ‘mahkamah membicarakan kes itu mengikut undang-undang’.

    Beijing, katanya, ‘menjamin sepenuhnya pelbagai hak sah’ tahanan itu dan telah mengatur supaya pegawai UK melawatnya dan menghadiri perbicaraannya.

    “China adalah sebuah negara yang ditadbir oleh kedaulatan undang-undang,” kata Wang. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda