Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengosongan 273 rumah tanpa izin di perairan Semporna berdasarkan faktor keselamatan

    KOTA KINABALU, 7 JUN – Sebanyak 273 rumah penempatan tanpa izin yang dibina di perairan Taman Marin Tun Sakaran di Semporna diberikan notis arahan pengosongan yang diedarkan dari 2 hingga 4 Mei lepas, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew.

    Beliau berkata perkara itu dilaksanakan kerana faktor keselamatan di peringkat daerah, susulan insiden tembakan di Teluk Darvel (Kunak), selain kegiatan jenayah rentas sempadan di lokasi penempatan tanpa izin.

    “Kedaulatan undang-undang negara yang berkuat kuasa haruslah dipertahankan, susulan itu kerja-kerja merobohkan serta mengosongkan penempatan tanpa izin itu dilaksanakan bermula 4 hingga 6 Jun, dan 138 penempatan yang dibina di dalam kawasan panas dirobohkan, manakala baki penempatan lain diroboh sendiri pemilik terlibat.

    “Semua tindakan itu disetujui dalam beberapa sesi mesyuarat oleh agensi berkaitan seperti Taman-Taman Sabah, pejabat daerah dan polis termasuk lapan wakil komuniti Taman-Taman Sabah yang sah, juga sebulat suara meminta agar komuniti tanpa izin dikeluarkan segera dari kawasan diwartakan itu,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini bagi menjawab isu yang tular dalam media sosial berhubung pengosongan, perobohan serta pembakaran rumah di dalam Taman Marin Tun Sakaran. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda