Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penn Badgley mahu jaga hati isteri

    Pelakon, Penn Badgley mendedahkan menolak melakukan babak hubungan intim menerusi musim keempat drama You yang bakal memulakan tayangan di platform penstriman Netflix pada Mac ini.

    Penn, 36, berkata, permintaan itu dibuat sebelum mereka memulakan penggambaran dan menolak melakukan aksi itu kerana mahu menjaga sensitiviti hubungan bersama isteri, Domino Kirke.

    “Saya buat keputusan itu sebelum menerima tawaran berlakon drama tersebut. Adakah saya hanya mahu dikenali sebagai pelakon adegan ranjang?

    “Kesetiaan dalam hubungan terutamanya perkahwinan sangat penting buat saya. Disebabkan itu saya tidak mahu melakukannya (babak intim) lagi,” katanya.

    Tambah Penn, dia sedar permintaan itu agar sukar kerana sejak musim pertama drama tersebut, watak Joe Golberg cukup sinonim sebagai seorang lelaki yang obses terhadap wanita dan banyak melakukan hubungan seks.

    “Hasrat saya supaya tiada langsung babak intim namun saya tahu tidak boleh buang terus konsep dan jalan cerita drama tersebut. – Agensi

    Penn lebih mementingkan perasaan isterinya, Domino Kirke. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda