Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Penyokong boleh pakai baju ‘Where is Peng Shuai?’

    MELBOURNE, 25 JAN – Penyokong di Terbuka Australia boleh memakai baju “Where is Peng Shuai?” selagi mereka tidak membuat kekecohan, ketua kejohanan, Craig Tiley memberitahu AFP hari ini selepas reaksi balas terhadap pendirian kontroversi Grand Slam, dengan aktivis berharap mereka dilihat di China.

    Kejadian tersebut disusuli dengan video yang muncul pada hari Ahad lalu menunjukkan kakitangan keselamatan mengarahkan penonton menanggalkan baju dan sepanduk sebagai sokongan kepada pemain China di Melbourne Park.

    Ia mendorong pemain tenis legenda, Martina Navratilova untuk melabelkan langkah itu sebagai ‘menyedihkan’.

    Peng, bekas pemain beregu nombor satu dunia, tidak menyertai kejohanan di Melbourne dan terdapat kebimbangan terhadap kesejahteraannya selepas dia mendakwa dalam talian pada November lalu bahawa dia telah ‘dipaksa’ melakukan hubungan seksual oleh bekas naib perdana menteri China selama bertahun-tahun dalam hubungan yang tidak pasti.

    Dakwaannya segera ditapis dan wanita berusia 36 tahun itu tidak diketahui khabarnya selama hampir tiga minggu, sebelum muncul semula di khalayak ramai di China.

    Tetapi masih terdapat kebimbangan sama ada dia telah bebas dari semua itu.

    Pihak tenis Australia, yang telah menganjurkan Terbuka Australia, mengulangi peraturan lamanya kelmarin mengenai “tidak membenarkan sepanduk, papan tanda atau pakaian yang bersifat komersial atau politik.”

    Tetapi dengan peningkatan tekanan yang berlaku, Tiley berkata baju “Where is Peng Shuai?” akan dibenarkan selagi mereka yang memakainya dengan aman, sambil menambah bahawa pegawai keselamatan akan membuat penilaian kes tersebut satu demi satu.

    “Ya, selagi mana mereka tidak datang sebagai pengacau untuk mengganggu tetapi mereka datang dengan aman,” katanya kepada AFP di luar kawasan acara Grand Slam. – AFP

    Pengarah kejohanan Terbuka Australia, Craig Tiley berkata peminat dibenarkan untuk memakai baju “Where is Peng Shuai?” selagi mana mereka tidak membuat kekecohan semasa berada di Terbuka Australia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...