Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT – Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke Bintulu Sarawak, Malaysia sempena percutian penggal persekolahan kedua.
Lawatan selama tiga hari, 1 hingga 3 September lalu, itu disertai oleh seramai 40 orang ahli yang diketuai oleh Yang Dipertua PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud.
Antara tujuan lawatan adalah untuk meninjau lebih dekat aktiviti-aktiviti masyarakat setempat dari segi ekonomi dan kebudayaan di samping mengeratkan silaturahim masyarakat Brunei dan Sarawak, khususnya warga Bintulu.
Program diisi dengan lawatan dan interaksi dengan belia, pemimpin belia, usahawan dan pertubuhan bukan kerajaan, lawatan ke Universiti Putra Malaysia, dan banyak lagi.
Lawatan diakhiri dengan penyerahan bantuan program amal PERBEKAL berbentuk pakaian, buku-buku Surah Yasin serta keperluan masjid kepada Pegawai Pengiring Mysed, Kaderi bin Haji Yusof.