Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbicaraan lelaki dituduh rekrut individu rogol isteri ditangguh

    AVIGNON, 16 SEPT – Perbicaraan seorang lelaki Perancis yang dituduh merekrut orang tidak dikenali untuk merogol isterinya yang diberi bius telah ditangguhkan hari ini selepas dia gagal untuk hadir di mahkamah kerana masalah kesihatan.

    Hakim yang mengetuai kes tersebut telah menangguhkan perbicaraan Dominique Pelicot sehingga hari ini, setelah tertuduh dikecualikan daripada menghadiri prosiding minggu lalu kerana kesihatannya yang semakin merosot.

    Namun, peguamnya memberitahu AFP bahawa Pelicot, 71 tahun, masih belum cukup sihat untuk hadir.

    “Dia tidak akan berada di sana hari ini,” kata Beatrice Zavarro, melainkan ‘dia diambil secara paksa’ dari penjaranya.

    Dia berkata Pelicot mengalami bekuan dalam pundi kencing dan jangkitan buah pinggang awal.

    Pelicot, yang masih belum memberi keterangan semasa perbicaraan, dituduh merekrut berpuluh-puluh orang yang tidak dikenali untuk merogol isterinya yang diberi ubat bius selama hampir sedekad. Dia telah mengakui dakwaan tersebut.

    Dia telah dibicarakan sejak awal bulan ini bersama 50 lelaki lain berusia antara 26 dan 74 tahun, kebanyakan mereka telah menafikan pertuduhan rogol, yang didakwa terlibat dalam kes yang telah menggemparkan Perancis.

    Kebanyakannya berisiko dipenjarakan sehingga 20 tahun jika disabitkan dengan kesalahan rogol. – AFP

    Orang ramai menyertai perhimpunan pada 14 September di Paris, menyokong Gisele Pelicot yang didakwa telah dibius oleh bekas suaminya dan dirogol oleh puluhan lelaki semasa tidak sedarkan diri. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda