Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan dapatkan keputusan peperiksaan menerusi SMS dibuka

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Permohonan bagi mendapatkan keputusan peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat O dan IGCSE sesi Oktober/November 2023 menerusi perkhidmatan pesanan ringkas akan dibukakan bermula esok.

    Perkhidmatan berkenaan ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Data-stream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd, imagine Sdn Bhd dan Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel).

    Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga dan para pelajar yang ingin melanggan perkhidmatan berkenan boleh membuat pendaftaran melalui SMS dengan memasukkan teks MOEREG(kod pusat)(nombor calon)(nombor kad pengenalan calon). SMS tersebut hendaklah dihantar ke talian 8885555 bagi pelanggan DST, 38666 bagi pelanggan Progresif dan 39966 bagi pelanggan imagine dengan tiada bayaran dikenakan semasa pendaftaran.

    Keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui SMS setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan keputusan tersebut.

    Pelanggan akan dikenakan pembayaran $3 bagi setiap keputusan SMS yang diterima.

    Kementerian Pendidikan berharap melalui perkhidmatan yang disediakan itu akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai terutama para ibu bapa atau penjaga dan pelajar serta pihak berkepentingan Kementerian Pendidikan secara umum.

    Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai tatacara pendaftaran, bolehlah berhubung terus melalui nombor 8671355 atau e-mel kepada moeresults@machbrunei.com.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda