Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Lebih 100 orang dari pelbagai latarbelakang menghadiri acara High Tea & Talk anjuran Persatuan Siswazah Wanita (PSW) yang diadakan hari ini di D’Anggerek Services Apartment.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi, Isteri Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.
Acara tersebut telah menjemput Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Ambra Dickie untuk menyampaikan dialog bertajuk How to Improve Your Negotiation Skills.
Di samping mendengarkan dialog, peserta juga berpeluang terlibat dalam sesi soal jawab bersama penceramah pada akhir acara tersebut.