Tuesday, October 8, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan tarian asli, etnik Brunei pupuk cinta warisan budaya

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja telah mengadakan Peringkat Akhir Pertandingan Tarian Brunei Asli bagi Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab serta Pertandingan Tarian Etnik Brunei bagi Sekolah-sekolah Rendah Senegara Tahun 2024, hari ini.

    Secara keseluruhan, pertandingan yang dihasrat untuk memupuk semangat kecintaan dan menghargai warisan seni budaya masyarakat Brunei sekali gus untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri para pelajar itu telah disertai oleh 11 pasukan dari sekolah menengah serta maktab kerajaan dan swasta telah menyertai pertandingan tarian asli, dengan lima pasukan berjaya mara ke peringkat akhir.

    Sementara itu, sebanyak 29 pasukan dari sekolah rendah kerajaan dan swasta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tarian etnik, di mana lima pasukan turut berjaya mara ke peringkat akhir.

    Sehubungan itu, hadir selaku tetamu kehormat bagi sama-sama menyaksikan pertandingan peringkat akhir berkenaan bertempat di Dewan Serba guna, Universiti Teknologi Brunei itu ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, sekali gus menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang di akhir acara.

    Bagi pertandingan tarian asli, johan pertandingan ialah Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah diikuti dengan Sekolah Menengah Sufri Bolkiah di tempat kedua dan Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri di tempat ketiga.

    Manakala bagi pertandingan tarian etnik, johan pertandingan ialah Sekolah Rendah Sultan Hashim, Batu Apoi, Temburong diikuti dengan Sekolah Rendah Perpindahan Kampung Bukit Beruang II di tempat kedua dan Sekolah Rendah Rataie Mukim Bokok, Temburong di tempat ketiga.

    Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati menyampaikan hadiah kepada peserta yang meraih kejayaan pada peringkat akhir pertandingan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JPKK, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    GAMBAR SERAHAN JPKK, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    GAMBAR SERAHAN JPKK, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    GAMBAR SERAHAN JPKK, KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda