Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat tentera Maghribi bawa bantuan Palestin

    EL ARISH, 26 OKT – Dua pesawat tentera Maghribi yang membawa bantuan kemanusiaan kecemasan untuk penduduk Palestin tiba di lapangan terbang El-Arish di timur Mesir kelmarin.

    Inisiatif kemanusiaan itu selaras dengan titah Raja Mohammed VI, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Al-Quds, dalam usaha menyampaikan bantuan penting kepada rakyat Palestin.

    Kedua-dua pesawat itu membawa sejumlah besar makanan, bekalan perubatan dan air, lapor agensi berita Maghribi, MAP.

    Dalam satu kenyataan wakil tetap ke Liga Arab, Ahmed Tazi berkata, bantuan itu menunjukkan komitmen tidak berbelah bagi Raja Maghribi terhadap isu Palestin.

    Beliau berkata semua jabatan berkaitan telah digerakkan untuk mempercepatkan pelaksanaan operasi dan penghantaran bantuan itu kepada rakyat Palestin.

    Bantuan kemanusiaan itu akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir, yang akan bertanggungjawab untuk pengangkutan bantuan ke wilayah Palestin dengan kerjasama pihak berkuasa Palestin yang berkaitan.

    eliau berkata operasi itu dijalankan mengikut pengaturan yang diselaraskan dengan pihak berkuasa Mesir, dengan mengambil kira keadaan keselamatan di sekitar lintasan Rafah. – Bernama

    Sukarelawan dari pertubuhan kemanusiaan Bulan Sabit Merah Qatar dan Mesir memunggah barang bantuan di lapangan terbang El-Arish. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda