Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petir ragut nyawa wanita, 2 ekor anjing

    LOS ANGELES, 23 JUN – Seorang wanita maut manakala dua ekor anjing mati dipanah petir semalam ketika ribut petir melanda California Selatan, kata pihak berkuasa.

    Kejadian dilaporkan berlaku pada 8:50 pagi kelmarin berhampiran Sungai San Gabriel di Pico Rivera, kata Syerif Daerah Los Angeles, Sgt Jonathan Branham.

    “Mangsa ialah seorang wanita dewasa Hispanik yang telah disambar petir dan kecederaannya tidak dapat diselamatkan.

    “Dia sedang membawa bersiar-siar dua ekor anjingnya dan anjing itu juga telah mati,” katanya. Wanita itu kemudiannya dikenal pasti sebagai Antonia Mendoza Chavez, 52.

    Susulan kejadian itu, bandar itu mengarahkan kru kerja dan aktiviti kem musim panas untuk dibuat di dalam rumah serta membatalkan aktiviti luar termasuk pasar tani.

    Menurut ahli meteorologi, ribut petir itu disebabkan oleh sistem tekanan rendah di luar pantai yang menarik lembapan monsun ke utara ke wilayah itu.

    Southern California Edison juga melaporkan gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan lebih 27,000 orang pelanggan. Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata, kebanyakan hujan tidak lebat tetapi terdapat pengecualian, termasuk sebuah sel di atas Pergunungan San Gabriel di mana tolok hujan merekodkan hujan hampir satu inci. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda