Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petronas, Petros perlu muktamadkan rundingan dalam masa tiga bulan

    KUCHING, 28 JULAI – Perbincangan antara Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengenai kawal selia minyak dan gas di Sarawak perlu dimuktamadkan dalam tempoh tiga bulan, kata Premier, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata perbincangan antara kedua-dua syarikat minyak dan gas itu sedang berlangsung dan Petronas meminta Sarawak menangguhkan pelaksanaan kawal selia gas di negeri itu buat sementara waktu.

    “Terdapat kebimbangan mengenai pengagihan gas asli cecair (LNG). Namun, pihak kami (Sarawak) menghormati peraturan tersebut kerana kita juga mempunyai ekuiti dalam LNG.

    “Kita ada saham, jadi inilah perbincangan antara pihak Petros dan Petronas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi di sini hari ini.

    Abang Johari menegaskan bahawa perbincangan tersebut mesti diselesaikan sebelum 1 Oktober, jika tidak kawal selia akan dilaksanakan. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap semasa Majlis Pelancaran Pihak Berkuasa Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Menara MIDA pada 17 Julai lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda