Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Phil Foden terima anugerah

    LONDON, 3 MEI – Phil Foden dari Manchester City hari ini dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik oleh Persatuan Penulis Bola Sepak Inggeris (FWA), dengan Khadija Shaw dari kelab yang sama merangkul anugerah bagi kategori wanita.

    Pemain tengah serangan England, Foden, menyertai senarai nama-nama terkenal termasuk Stanley Matthews, Bobby Charlton, George Best dan Kenny Dalglish.

    Foden merupakan pemain City ketiga dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini yang memenangi anugerah individu tertua dalam bola sepak, mengikuti jejak Ruben Dias pada 2021 dan Erling Haaland tahun lalu.

    Foden yang berusia 23 tahun menerima 42 peratus undian, mengetepikan saingan daripada Declan Rice dari Arsenal dan rakan sepasukannya, Rodri, yang menduduki tempat ketiga dalam pungutan suara yang melibatkan hampir 900 orang ahli FWA.

    Foden telah menjaringkan 24 gol musim ini ketika City di bawah kendalian Pep Guardiola memburu kejuaraan berganda Liga Perdana dan Piala FA.

    “Dinobatkan sebagai pemenang anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak Inggeris tahun ini adalah satu penghormatan besar,” kata Foden. “Saya sangat, sangat gembira menerima anugerah ini tetapi saya tidak dapat melakukannya tanpa bantuan rakan sepasukan saya.” – AFP

    Reaksi Foden meraikan gol ketiga pasukannya semasa perlawanan menentang Brighton and Hove Albion di Stadium Komuniti American Express di Brighton, selatan England pada 25 April. Phil Foden dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik oleh FWA. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda