Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Physical: 100 kuasai carta Netflix

    Rancangan survival Netflix Physical:100 menduduki tangga teratas dalam carta tontonan mingguan penstrim untuk rancangan televisyen (TV) bukan berbahasa Inggeris.

    Mula ditayangkan pada 24 Januari, program terbitan Korea itu merupakan rancangan TV bukan berbahasa Inggeris yang paling banyak ditonton dalam carta 10 Teratas Netflix untuk minggu 30 Januari hingga 5 Februari dengan 41.6 juta jam tontonan, lapor Yonhap.

    Rancangan itu menampilkan 100 peserta yang akan bersaing untuk menguji kemampuan fizikal masing-masing. Peserta terakhir yang masih bertahan akan memenangi hadiah wang tunai 300 juta won (AS$238,890).

    Dua episod ditayangkan setiap Selasa dengan episod kesembilan dan terakhir disiarkan minggu depan.

    Drama bersiri komedi romantik terbitan tvN Korea Crash Course in Romance menduduki tempat kedua manakala siri True Beauty berada di tempat kelima.

    Sementara itu, drama keluaran JTBC The Interest of Love di tempat keenam diikuti Alchemy of Souls: Part 2 dan siri Netflix ‘Love to Hate You.’ – Bernama

    Antara cabaran yang perlu diatasi dalam Physical:100. – Netflix
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda