Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piala Dunia Tenis?

    BARCELONA, 20 OKT – Bintang tenis Amerika, Billie Jean King (BJK), minggu ini telah mencadangkan penganjuran Piala Dunia Tenis gabungan lelaki dan wanita serta pemain memakai jersi bernombor, dalam usaha untuk terus memajukan sukan ini.

    Pemenang Grand Slam 39 kali itu, termasuk 12 gelaran perseorangan, berkata beliau akan menggabungkan Piala BJK wanita dan Piala Davis lelaki menjadi Piala Dunia.

    Sebelum ini dikenali sebagai Piala Federasi, perlawanan akhir pertandingan yang dinamakan semula sempena BJK itu akan berlangsung di Seville dari 7 hingga 12 November, manakala perlawanan akhir Piala Davis akan diadakan di Malaga antara 21 hingga 26 November, dengan kedua-duanya kini dilabel sebagai ‘Piala Dunia’ tenis.

    “Saya mahu kita bersama, saya sentiasa mahu lelaki dan wanita bersama-sama.

    “Saya sentiasa mahu kita bersama-sama dalam kejohanan,” kata King dalam satu panggilan media menjelang perlawanan akhir Piala BJK. “Orang ramai suka apabila kita semua gembira bersama.”

    King berkata pengaruh bola sepak bermakna adalah sangat penting untuk tenis mempunyai Piala Dunia yang diiktiraf.

    “Piala Dunia menjadi semakin penting disebabkan oleh bola sepak. Seluruh dunia memahami Piala Dunia,” sambungnya.

    “Apabila saya katakan kita adalah Piala Dunia tenis wanita, mereka memahaminya serta-merta, mereka tahu ia adalah pertandingan negara lawan negara, ia mendebarkan, ia boleh berlaku di mana-mana saja di dunia. – AFP

    King semasa menghadiri majlis anjuran Yayasan Sukan Wanita pada 12 Oktober di New York City. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda