Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pilihan Raya Umum Argentina hari ini

    MOSCOW, 22 OKT – Rakyat Argentina memilih presiden dan ahli parlimen dalam pilihan raya umum hari ini yang turut menyaksikan pengundi berumur 16 dan 17 tahun akan menunaikan tanggungjawab masing-masing, lapor Sputnik.

    Pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi waktu tempatan dan ditutup pada 6 petang.

    Jika tiada calon presiden memperoleh sekurang-kurangnya 45 peratus undi, pilihan raya penentu  akan diadakan pada 19 November.

    Saingan sengit membabitkan tiga calon iaitu pakar ekonomi yang juga Ahli Parlimen Javier Milei, Menteri Ekonomi Sergio Massa dan bekas Menteri Keselamatan  Patricia Bullrich.

    Presiden sementara, Alberto Fernandez dan timbalannya yang juga bekas presiden, Cristina Fernandez de Kirchner tidak bertanding dalam pemilihan kali ini. – Bernama

    Papan iklan besar memaparkan propaganda politik calon presiden untuk parti Juntos por el Cambio, Patricia Bullrich, dan pasangannya, calon naib presiden Luis Petri, di Buenos Aires pada 20 Oktober. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda