Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pilihan Raya Umum Jepun: Langkah keselamatan diperketat

    TOKYO, 11 OKT – Ketua Agensi Polis Kebangsaan (NPA) Jepun telah mengarahkan pegawai di seluruh negara untuk melindungi tokoh-tokoh penting dengan teliti semasa pilihan raya umum yang akan datang, lapor media tempatan.

    Pesuruhjaya Agung NPA, Yasuhiro Tsuyuki membuat permintaan tersebut dalam satu mesyuarat bersama pegawai-pegawai tertinggi polis wilayah di agensi itu di Tokyo, lapor Jiji Press.

    Pilihan raya bagi Dewan Rakyat, iaitu dewan rendah parlimen, akan diadakan pada 27 Oktober. – Xinhua

    Gambar Unsplash

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda