Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Moldova letak jawatan

    CHISINAU, MOLDOVA, 10 FEB – Kerajaan Moldova runtuh hari ini ketika Perdana Menteri, Natalia Gavrilita meletak jawatan, menambah kepada beberapa siri krisis yang telah membelenggu negara kecil itu sejak Rusia menyerang jirannya, Ukraine.

    Gavrilita memberitahu sidang media bahawa ‘sudah tiba masanya untuk saya mengumumkan peletakan jawatan’ dan berkata tidak ada sesiapa yang menjangka kerajaannya, dipilih pada musim panas 2021, ‘terpaksa mengendalikan begitu banyak krisis berpunca daripada serangan Rusia ke atas Ukraine.’

    Kepimpinan Gavrilita dibelenggu beberapa siri masalah, termasuk krisis tenaga selepas Moscow mengurangkan bekalan ke Moldova; inflasi meningkat, dan beberapa insiden seperti tembakan peluru berpandu daripada peperangan di Ukraine.

    Presiden Moldova, Maia Sandu mengucapkan terima kasih kepada Gavrilita hari ini atas ‘usaha dan pengorbanannya dalam memimpin negara ketika berdepan begitu banyak krisis.’ – AP

    Natalia Gavrilita mengumumkan peletakan jawatannya semasa sidang media di Chisinau, Moldova kelmarin. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda