Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Indonesia tahan tujuh orang, rampas 200kg syabu

    JAKARTA, 23 FEB – Pihak berkuasa Indonesia merampas sejumlah 220 kilogram (kg) syabu yang dipercayai diseludup dari Malaysia dalam serbuan di Sulawesi Selatan dan Aceh.

    Ketua Badan Pencegah Narkotik Jabatan Siasatan Jenayah, Krisno Siregar berkata dalam satu kenyataan, pihak polis menahan dua lelaki tempatan serta merampas 15kg syabu dan 705 pil ekstasi dalam serbuan pertama di Kota Parepare, Sulawesi Selatan.

    Suspek bertindak menyembunyikan dadah di dalam sebuah beg yang dibawa masuk dari Kalimantan melalui feri, menurut kenyataan itu.

    Siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang lelaki dan wanita termasuk rampasan syabu seberat 5kg. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda