Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis minta suspek kes tembak di KLIA serah diri

    SEPANG, 14 APRIL – Polis menyarankan suspek yang diburu bagi membantu siasatan berkaitan kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi supaya menyerah diri secara aman.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata Hafizul Harawi, 38, diminta memberi kerjasama dengan menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

    Beliau berkata polis telah melancarkan operasi mengesan Hafizul selain mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah di kawasan negeri berhampiran serta sempadan negara untuk menjejaknya.

    “Saya amat menyarankan suspek supaya dapat memberi kerjasama dengan menyerah diri secara aman kepada mana-mana balai polis. Dalam konteks ini, pihak polis mengenal pasti suspek sebagai bersenjata dan berbahaya.

    “Justeru, orang awam yang melihat suspek diminta berkongsi maklumat namun jangan bertindak sendiri,” katanya pada sidang media selepas meninjau situasi lapangan terbang berkenaan di sini hari ini. – Bernama

    Mohd Shuhaily menunjukkan gambar suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda