Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Porsche komited bangunkan eFuel

    Oleh Syahmi Hassan

    SANTIAGO DE CHILE, 6 APRIL – Porsche sedang melabur AS$75 juta untuk memperoleh saham jangka panjang dalam HIF Global LLC, sebuah syarikat induk pemaju projek aktif antarabangsa kemudahan pengeluaran eFuel.

    Antara projek yang dilaksanakan syarikat yang berpangkalan di Santiago de Chile itu termasuk pembinaan kilang perintis Haru Oni eFuel di Punta Arenas (Chile).

    Dilancarkan oleh Porsche dan dilaksanakan dengan rakan kongsi termasuk Siemens Energy dan ExxonMobil, pengeluaran eFuel daripada hidrogen dan karbon dioksida (CO2) menggunakan tenaga angin dijangka bermula di sana pada pertengahan tahun 2022. Bahan api sintetik berasaskan elektrik itu membolehkan operasi enjin pembakaran hampir neutral CO2.

    Dengan pelaburannya dalam HIF Global LLC, Porsche mengambil bahagian dalam pembiayaan antarabangsa bersama syarikat Chile Andes Mining & Energy (AME) dan syarikat-syarikat Amerika EIG, Syarikat Baker Hughes dan Gemstone Investments.

    Secara keseluruhan, sejumlah wang akan disalurkan dalam HIF Global LLC. AME kekal sebagai pemegang saham majoriti HIF Global LLC. Modal tambahan akan digunakan untuk membangunkan kemudahan eFuel perindustrian di Chile, Amerika Syarikat dan Australia, yang mempunyai bekalan tenaga boleh diperbaharui yang besar.

    “eFuel memberi sumbangan penting kepada perlindungan iklim dan melengkapkan mobiliti elektro kami dengan cara yang bermakna. Dengan melabur dalam pengeluaran eFuel perindustrian, Porsche terus mengembangkan komitmennya terhadap mobiliti mampan.

    “Secara keseluruhannya, pelaburan kami dalam pembangunan dan penyediaan teknologi inovatif ini berjumlah lebih daripada AS$100 juta,” kata Ahli Lembaga Eksekutif Perolehan di Porsche AG, Barbara Frenkel.

    Ahli Lembaga Eksekutif untuk Penyelidikan dan Pembangunan di Porsche AG, Michael Steiner menjelaskan, “Porsche sedang bergerak ke sektor perniagaan yang menarik dengan kepentingannya dalam HIF Global LLC. Bahan api sintetik menawarkan prospek menarik merentasi sektor pengangkutan, daripada industri automotif kepada sektor penerbangan dan perkapalan.”

    “Selain itu, e-methanol adalah bahan mentah yang penting untuk aplikasi lain, seperti dalam industri kimia, di mana ia boleh menggantikan bahan mentah asal fosil. E-methanol ialah produk perantaraan yang dihasilkan semasa penjanaan eFuel,” tambahnya.

    Porsche telah meneliti penggunaan bahan api boleh diperbaharui untuk seketika waktu. Ujian di makmal dan di trek perlumbaan berjalan dengan jayanya. Michael Steiner menekankan, “Kami melihat diri kami sebagai perintis dalam eFuels dan mahu memacu teknologi berkenaan. Ini adalah satu blok binaan dalam strategi kemapanan keseluruhan kami.”

    Pemasangan bahagian badan kenderaan Cayenne di kilang Porsche. – Gambar serahan Porsche
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...