Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Prayut: Semua pihak perlu bertenang

    BANGKOK, 20 JULAI – Perdana Menteri sementara Thailand, Prayut Chan-o-Cha hari ini menyeru semua pihak bertenang selepas bidaan calon popular progesif untuk menggantinya ditolak oleh parlimen Thailand.

    Parti Move Forward (MFP) pimpinan Pita Limjaroenrat menang majoriti kerusi dalam pilihan raya Mei, namun kelmarin, Pita telah digantung dari parlimen yang kemudian enggan membenarkan undian kedua untuknya menjadi perdana menteri negara itu seterusnya.

    Kira-kira 1,000 orang berhimpun semalaman bagi memprotes keputusan itu, meluahkan kemarahan penolakan bidaan pemimpin liberal berpendidikan Harvard itu untuk berkuasa, sebelum bersurai dengan aman.

    Thailand bukanlah asing dalam kekacauan politik dan Prayut yang mengambil alih kuasa dalam kudeta 2014 – memahami kekecewaan penyokong Pita, kata pejabatnya.

    Namun beliau juga menasihatkan orang awam untuk ‘maju ke arah demokrasi seiring kuasa monarki,’ kata jurucakap, Rachada Dhnadirek.

    Penyokong MFP semasa mengadakan bantahan di Monumen Demokrasi susulan penggantungan pemimpin parti dan calon perdana menteri, Pita Limjaroenrat di Bangkok, 19 Julai. – AFP

    Dalam pada itu, parlimen Thailand akan bersidang pada Khamis depan (27 Julai) untuk mengundi perdana menteri baharu kerana perhimpunan dwidewan yang dianggotai 749 anggota tidak dapat bersidang hari ini selepas pencalonan semula Pita telah ditolak.

    Speaker Wan Muhamad Noor Matha berkata parti politik akan mencalonkan calon perdana menteri, kemudian perbahasan akan diadakan, tetapi Pita tidak boleh dicalonkan semula kerana ia bertentangan dengan Perkara 41 Perlembagaan.

    “Seorang calon hanya boleh dicalonkan sekali dalam setiap sidang parlimen,” katanya kepada pemberita pada Rabu. – Bernama/AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda