Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Prestasi Barca cetus keraguan

    MADRID, 26 NOV – Juara Sepanyol, Barcelona sekadar seri 1-1 di Rayo Vallecano dalam aksi La Liga malam tadi, meneruskan rentetan persembahan di bawah tahap yang membimbangkan.

    Pendahulu tidak dijangka, Girona and Real Madrid di tangga kedua kini berpeluang melebarkan jurang mata di depan kelab Catalan itu yang berada di tangga keempat.

    Tandukan Antoine Griezmann memberikan kemenangan 1-0 Atletico Madrid ke atas Real Mallorca awal pagi tadi untuk melonjakkan Rojiblancos ke tangga ketiga, di depan Barcelona menerusi perbezaan gol, sesudah beraksi kurang satu perlawanan.

    Unai Lopez meletakkan Rayo di depan dari jarak jauh pada babak pertama tetapi Barca menyamakan kedudukan menerusi gol Florian Lejeune pada minit ke-82.

    Keputusan seri itu mencetus keraguan mengenai Barcelona, yang tidak beraksi pada tahap terbaik mereka selama beberapa minggu dan berdepan FC Porto pada Selasa ini untuk merebut peluang melayakkan ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

    “Saya fikir ia perlawanan dua babak, pada babak pertama kami mendominasi tetapi kami tidak cukup agresif untuk menghukum mereka,” kata pengendali Barca, Xavi Hernandez.

    “Pada babak kedua kami melakukannya, kami menjaringkan satu gol dan patut menambah lagi kami perlu menang perlawanan ini jika kami mahu menjuarai liga,” ujarnya. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda