Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Program didik masyarakat dasar k’jaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Seramai 40 orang jemaah dan Muslimah Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun telah menghadiri Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berlangsung di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama Berakas, baru-baru ini.

    Hadir semasa program berkenaan ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini.

    Penolong Pegawai Penerangan, Awang Muhammad Azyzul Azman @ Rosman bin Yakub, dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan bahawa program berkenaan merupakan salah satu landasan Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan agar semua anggota masyarakat memahami, menyokong dan menghayatinya secara berkesan melalui penyampaian taklimat, sesi dialog dan lawatan.

    Antara perisian program ialah taklimat-taklimat bertajuk ‘Peranan dan Tanggungjawab Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam’, ‘Jenayah Siber’, ‘Wawasan Brunei 2035’ serta ‘Peranan, Dasar dan Peraturan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED)’.

    Program diakhiri dengan lawatan ke Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah sebelum penemuan minyak dan gas sehingga penerokaan pertama telaga minyak pada 1899.

    Antara jemaah dan Muslimah masjid menyaksikan pameran di Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja.
    Para peserta bergambar ramai semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...