Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program ganjaran hargai pelanggan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Takaful Brunei telah melancarkan program ganjaran dinamakan Bersama Takaful semasa Pesta Pengguna ke-28 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.
     
    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan program berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Industri) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Awang Mohammad Harris bin Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Brunei, Haji Shahrildin bin Pehin Orang Kaya Lela Utama Dato Paduka Haji Jaya.
     
    Komited untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan menyatakan penghargaan atas kepercayaan dan sokongan berterusan pelanggan, pengenalan Bersama Takaful itu menandakan satu peristiwa penting dalam usaha berterusan syarikat untuk memberikan nilai tambah dan membina hubungan yang berkekalan dengan pelanggan yang dihargai.
     
    Antara ciri utama program berkenaan adalah sistem mata di mana pelanggan boleh mendapatkan Mata Takaful dengan setiap penyertaan produk, penglibatan atau rujukan melalui aplikasi mudah alih Takaful Brunei.
     
    Selain itu, tahap keahlian berperingkat, yang mana apabila pelanggan mengumpul mata, tahap keahlian mereka ditingkatkan dan membuka kunci ganjaran dan keistimewaan yang lebih besar.
     
    Manakala pedagang boleh menebus ganjaran yang pelbagai merangkumi diskaun produk hingga barangan gaya hidup serta makanan dan minuman. 
     
    Orang ramai boleh mendaftar untuk program ganjaran berkenaan secara percuma dengan memuat turun aplikasi Takaful Brunei dan bagi maklumat lanjut, layari laman sesawang Takaful Brunei.
    Awang Mohammad Harris bergambar ramai bersama tetamu semasa pelancaran program di ICC, Berakas, kelmarin. – GAMBARAN SERAHAN TAKAFUL
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda