Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Goodday kidSTART pupuk minat usahawan dalam kalangan kanak-kanak

    KUALA LUMPUR – Goodday Malaysia melancarkan Goodday KidSTART, program usahawan kanak-kanak terbesar di Malaysia yang bertujuan memupuk impian berniaga dalam kalangan kanak-kanak yang cerdas, bijak dan bersemangat, berusia di antara tujuh hingga 14 tahun.

    Naib Presiden Pemasaran Kumpulan Etika, Amy Gan berkata daripada 350 penyertaan, hanya seramai 20 kanak-kanak dengan idea yang terbaik telah dipilih untuk menyertai peringkat final program keusahawanan itu bagi merealisasikan perniagaan mereka.

    “Menerusi program ini kami menawarkan bimbingan dan tunjuk ajar oleh fasilitator dalam membantu kanak-kanak menghasilkan idea-idea perniagaan yang inovatif.

    “Kami merancang untuk memperluaskan program Goodday KidSTART ke skala yang lebih besar dan akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan.

    “Sasaran kami pada tahun hadapan adalah untuk meningkatkan hingga 10 kali ganda penyertaan dan lebih memfokuskan kepada kanak-kanak daripada golongan yang kurang bernasib baik, jadi peluang ini dapat memberikan manfaat kepada mereka,” katanya kepada Bernama.

    Menurut Amy, syarikat telah menyumbang banyak usaha dalam menyebarkan penyertaan Goodday KidSTART ini kepada orang ramai terutamanya kepada ibu bapa bagi menggalakkan kanak-kanak mencapai impian mereka.

    “Kami ingin melahirkan usahawan kanak-kanak pada usia muda yang mana mereka boleh menguruskan perniagaan pada waktu lapang atau hujung minggu, oleh itu mereka dapat menguruskan pelajaran dan perniagaan dengan seimbang.

    Peringkat final program Goodday KidSTART ini telah berlangsung dari 11 sehingga 12 Februari dan berjaya direkodkan dalam The Malaysia Book of Record melibatkan jumlah penyertaan kanak-kanak yang terbesar di Malaysia. – Bernama

    Program Goodday KidSTART bertujuan untuk memupuk impian berniaga dalam kalangan kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 14 tahun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda