Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek kereta api elektrik laju di AS dapat kelulusan tambahan bon AS$2.5 bilion

    LAS VEGAS, 24 JAN – Cadangan untuk membina kereta api penumpang berkelajuan tinggi antara Las Vegas dan California Selatan mendapat sokongan tambahan hari ini dengan kelulusan pentadbiran Biden untuk mengeluarkan bon pengecualian cukai AS$2.5 bilion untuk projek bernilai AS$12 bilion.

    Pengumuman yang memanfaatkan projek Brightline West itu menyusuli geran Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat (AS) AS$3 bilion pada bulan Disember dan kelulusan kerajaan pada 2020 untuk syarikat itu menjual AS$1 bilion bon serupa.

    “Kami menghargai keyakinan yang diberikan oleh Jabatan Pengangkutan kepada kami dan bersedia untuk bekerja,” kata pengasas dan Pengerusi Brightline, Wes Edens dalam satu kenyataan. Brightline Holdings LLC yang berpangkalan di Florida kini mengendalikan satu-satunya kereta api penumpang antara bandar milik persendirian di AS, menghubungkan Miami dan Orlando dengan kereta api yang mencapai kelajuan sehingga 125 mph (200 kph).

    Projek Brightline West sepanjang 351 kilometer bertujuan untuk membawa penumpang pada kelajuan 186 mph (300 kph) atau lebih dalam kereta api elektrik di landasan baharu di sepanjang koridor Interstate 15, memotong setengah perjalanan lebuh raya selama empat jam antara Las Vegas dan San Bernardino County pinggir bandar berhampiran Los Angeles. – AP

    Orang ramai berjalan berhampiran kereta api Brightline di stesen di Fort Lauderdale, Florida pada 11 Januari 2018. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda