Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSG ancam tinggalkan ‘rumah’

    PARIS, 15 JAN – Paris Saint-Germain (PSG) kelmarin mengancam untuk meninggalkan stadium Parc des Princes, yang telah menjadi rumah mereka selama hampir 50 tahun, selepas pegawai bandar raya itu enggan menjual stadium itu kepada mereka.

    Datuk Bandar Anne Hidalgo berkata dalam sesi temu bual yang diterbitkan dalam akhbar Parisien kelmarin bahawa stadium itu ‘bukan untuk dijual’ dan ‘tidak akan dijual’ kepada pemilik PSG yang berasal dari Qatar.

    Bagaimanapun, jurucakap kelab itu berkata mereka kecewa dan terkejut seolah-olah bandar itu mahu mengusir PSG dan penyokong mereka daripada Parc des Princes.

    “Datuk bandar memaksa PSG meninggalkan rumahnya.”

    Dia menambah, “PSG kini terpaksa mencari pilihan alternatif untuk menempatkan semula kelab.

    “Ini bukan keputusan yang diharapkan kelab, mahupun penyokongnya.”

    PSG telah membuat pengambilalihan tanah di pinggir barat bandar itu sebagai syarat untuk melaksanakan kerja-kerja pemodenan dan pembesaran dengan nilai 500 juta euro.

    Pada November, presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi memberitahu akhbar harian sukan Sepanyol Marca bahawa PSG “tidak lagi dialu-alukan” di Parc des Princes, sambil menambah bahawa mereka sedang mencari alternatif lain.

    Dirasmikan pada 1897 kemudian diubah suai pada 1972, dengan kapasiti 48,000, telah menjadi rumah kepada kelab Paris itu sejak 1974. – AFP

    Gambar fail yang diambil pada 10 Oktober 2022 ini menunjukkan pemandangan di luar stadium Parc des Princes di Paris. Parc des Princes ‘bukan untuk dijual’ dan ‘tidak akan dijual’ kepada Paris Saint-Germain, yang mempunyai cita-cita untuk membelinya dari bandar Paris, kata datuk bandar Anne Hidalgo.- AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda