Thursday, November 14, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puteri Balqis terkesan memikirkan nasib Fatima

    Pelakon Puteri Balqis, 17, menjelaskan kisah peribadinya menjadi inspirasi untuknya menulis surat terbuka buat anak kepada Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.

    Puteri Balqis berkata, dia tidak mahu melihat anak kecil itu membesar seperti dirinya sehingga boleh menjejaskan tahap mental kerana dugaan keluarga yang berantakan.

    “Ya, saya tulis surat ada kaitan dengan kisah saya. Ini kerana saya sudah melalui banyak perkara, jadi saya tidak mahu Fatima jadi ‘broken’ sebab dia dilahirkan dalam keluarga yang sangat menyayanginya.

    “Saya tidak ada hak untuk komen apa-apa. Saya cuma bagi perspektif sebagai seorang anak saja,” katanya ketika ditemui majlis pelancaran drama Unifi TV Originals berjudul Sebelum Titik Noktah, baru-baru ini.

    Puteri Balqis berkata, dia sentiasa terkesan dengan pelbagai kisah dalam masyarakat membabitkan ibu dan anak berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri.

    Puteri Balqis tidak mahu melihat Fatima jadi ‘broken’ sebab dia dilahirkan dalam keluarga yang sangat menyayanginya.
    – mStar

    “Ya, saya terkesan. Sebelum ini, saya tidak dapat peluang melindungi ibu sendiri, sekarang baru dapat. Saya berasa melankolik (sedih).

    “Jiwa saya banyak sangat ke arah kesedihan, tetapi bukanlah yang jenis berkurung. Saya tak suka kongsi perasan saya dan sebab itulah, saya luahkan dalam penulisan puisi.

    “Saya cuma kongsi kisah saya dengan orang terdekat sahaja,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, Puteri Balqis bakal muncul dalam drama bergenre fiksyen dan thriller iaitu Sebelum Titik Noktah yang bakal ditayangkan setiap Isnin, jam 11 malam menerusi Saluran 120 di Unifi TV, mulai esok.

    Selain Puteri Balqis, drama berkenaan turut dibintangi Aiman Hakim Ridza, Noki, Danny X-Factor, Shabby, Mathni Razak dan Alif Muhaimin. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda