Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Kemboja berlepas ke Beijing

    PHNOM PENH, 12 FEB – Raja Kemboja, Norodom Sihamoni, bersama bonda Baginda, bekas Permaisuri Norodum Monineath Sihanouk, hari ini berlepas ke Beijing bagi menjalani ujian pemeriksaan rutin.

    Hadir di Lapangan Terbang Phnom Penh ialah Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen dan pegawai-pegawai kedutaan Cina serta tetamu kenamaan yang lain.

    Dalam perutusan diraja menyata-kan bahawa kunjungan ke Beijing merupakan urusan pemeriksaan kesihatan rutin.

    “Sepanjang ketiadaan saya, Samdech Say Chhum, Presiden Senat, akan menyandang gelaran pemangku Ketua Negara Kerajaan Kemboja,” kata Sihamoni.

    Raja Kemboja menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor Cina dua kali setahun. Tahun lalu, kunjungan Baginda adalah pada Ogos. – Xinhua

    Norodom Sihamoni berlepas ke Beijing bagi menjalani ujian pemeriksaan rutin.- Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda