Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Raja Salman keluar hospital

    RIYADH, 16 MEI – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz, 86, keluar wad semalam, selepas seminggu dimasukkan ke Hospital Pakar Raja Faisal untuk menjalani beberapa ujian kesihatan, termasuk kolonoskopi.

    Rakaman video disiarkan media rasmi Agensi Media Saudi (SPA) menunjukkan Raja Salman keluar dari hospital di Jeddah itu dengan bertongkat dan diiringi Putera Mahkota Mohammed Salman serta dikelilingi pegawai, sebelum beredar dengan menaiki kereta.

    Menurut SPA di Twitter, baginda keluar dari hospital selepas menjalani pemeriksaan perubatan dan berjaya melengkapkan pelan rawatan serta tempoh pemulihan.

    Kerajaan sudah bertahun-tahun berusaha menangani spekulasi mengenai kesihatan Raja Salman yang memerintah negara pengeksport utama minyak dunia ini sejak 2015.

    Minggu lalu, media negara ini melaporkan keputusan kolonoskopi yang dijalani Raja Salman adalah ‘baik’ dan doktor ‘membuat keputusan supaya baginda berehat di hospital.’

    Pada 2017, Arab Saudi menafikan laporan dan spekulasi bahawa baginda merancang turun takhta, untuk digantikan pemimpin de facto, Putera Mahkota Mohammed.

    Raja Salman menjalani pembedahan untuk membuang pundi hempedu pada 2020.

    Pada Mac lalu, baginda dimasukkan ke hospital yang digambarkan dalam laporan media sebagai menjalani ‘ujian perubatan yang berjaya’. – AFP

    Gambar serahan Istana Diraja Saudi menunjukkan Raja Saudi Salman semasa menghadiri sidang kemuncak Pemimpin G20 di Istana Diraja di Riyadh, Arab Saudi pada 30 Oktober 2021. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...