Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raptai pastikan kelancaran Sambutan Israk dan Mikraj

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah pada 8 Februari ini di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Sehubungan itu, bagi memastikan kelancaran majlis tersebut, raptai penuh telah diadakan hari ini yang dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah dan Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid selaku Pengerusi Unified National Networks (UNN).

    Hadir sama ialah setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap serta ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1445 Hijrah.

    Tema Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara tahun ini adalah Sembahyang Tiang Agama dan majlis sambutan peringkat negara akan diisikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, persembahan selawat, ceramah khas dan persembahan khas.

    Majlis sambutan dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), JPM, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pusat Dakwah Islamiah dan UNN.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menyaksikan raptai bagi Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara 1445 Hijrah. – GAMBAR OLEH AZLAN OTHMAN
    Para peserta yang terlibat semasa raptai tersebut. – GAMBAR OLEH AZLAN OTHMAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda