BEIJING, 10 OKT – Seorang bekas pegawai bank pusat terkemuka China hari ini dipenjara seumur hidup atas kesalahan rasuah, kata media kerajaan.
Fan Yifei, yang pernah menjadi timbalan gabenor People’s Bank of China, telah disiasat sejak November 2022.
Dia dituduh menerima secara rasuah harta bernilai 386 juta yuan (AS$55 juta) selama 20 tahun sebelum itu.
Penyiar CCTV negeri berkata hari ini, mahkamah telah mendapati Fan bersalah dan menjatuhkan hukuman mati, namun ditukar kepada penjara seumur hidup.
Ia menambah mahkamah di wilayah Hubei tengah memutuskan untuk tidak melaksanakannya kerana dia mengaku bersalah, membantu siasatan dan memulangkan semula wang berkenaan.
Fan menggunakan kuasa dan statusnya untuk memberikan bantuan kepada unit dan individu yang berkaitan dalam pembiayaan pinjaman, kontrak perniagaan, pemindahan pekerjaan dan perkara lain, menurut CCTV.
“Keadaan jenayah itu amat serius, kesannya terhadap masyarakat amat berbahaya, dan menjejaskan kepentingan rakyat dan negeri,” kata penyiar itu.
Presiden China, Xi Jinping, telah mengambil tindakan keras secara meluas terhadap rasuah sejak berkuasa lebih 10 tahun lalu. – AFP