Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    RB prihatin rakyat Palestin

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Nasib rakyat Palestin di Gaza terus mendapat perhatian daripada masyarakat Negara Brunei Darussalam dengan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) menganjurkan kempen kutipan derma melalui Peti Menderma RB bagi memudahkan kakitangannya untuk menyumbangkan derma bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza.

    Sehubungan dengan itu, hasil kutipan derma telah diserahkan kepada tabung berkenaan yang diterima oleh Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Dayang Mirany Floridzah binti Haji Rahman dengan sumbangan disampaikan bagi pihak RB oleh Pemangku Ketua Pegawai Operasi RB, Haji Badarudin bin Haji Bagol dan Ketua Pegawai Prestasi dan Warga RB, Haji Abdul Nasir bin Haji Bolhassan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh RB, di sini, penyerahan sumbangan berkenaan telah diadakan di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Dayang Mirany Floridzah menerima hasil kutipan derma daripada wakil RB. – GAMBAR SERAHAN RB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda