Monday, December 2, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Reaktor nuklear Jepun henti operasi setelah dihidupkan semula

    SENDAI, 4 NOV – Operasi sebuah reaktor nuklear di timur laut Jepun dihentikan hari ini untuk pemeriksaan, menurut pengendali loji itu, hanya beberapa hari selepas ia menjadi reaktor pertama dihidupkan semula di rantau itu sejak bencana gempa bumi dan tsunami pada 2011.

    Tohoku Electric Power Co menghadapi kesukaran untuk menghantar peranti bagi mengesahkan keadaan reaktor No. 2 di loji Onagawa di Wilayah Miyagi, lapor Agensi Berita Kyodo.

    Reaktor itu pada Selasa lepas menyertai sedozen reaktor lain di negara itu yang telah dihidupkan semula selepas memenuhi piawaian keselamatan yang lebih ketat, yang dikenakan susulan krisis loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang dicetuskan oleh bencana gempa bumi dan tsunami yang memusnahkan kawasan pantai termasuk di Miyagi.

    Tohoku Electric Power telah merancang untuk memulakan semula penjanaan dan penghantaran kuasa kelmarin.

    Menghidupkan semula reaktor Onagawa menandakan kali pertama di Jepun bahawa reaktor air mendidih, jenis yang sama dengan reaktor Fukushima Daiichi yang mengalami lebur bahan api, telah dihidupkan sejak bencana 2011.

    Loji Onagawa, yang terletak paling hampir dengan pusat gempa bumi dengan magnitud 9.0 pada 11 Mac 2011, dilanda ombak tsunami setinggi sekitar 13 meter. – Bernama

    Pemandangan umum loji nuklear Onagawa di Onagawa, Wilayah Miyagi, pada 5 April 2011. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda