Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real bergelut tewaskan Osasuna

    MADRID, 19 FEB – Fede Valverde dan Marco Asensio menjaringkan gol ketika Real Madrid bergelut untuk menewaskan Osasuna 2-0 dalam La Liga kelmarin, hanya tiga hari sebelum mereka bertandang ke Liverpool dalam Liga Juara-Juara.

    Pemain tengah Uruguay, Valverde dan pemain sayap Sepanyol, Asensio menjaringkan gol pada masa kecederaan di separuh masa pertama untuk mengurangkan kelebihan Barcelona kepada lima mata di puncak carta sebelum pasukan Catalan itu menerima kunjungan Cadiz pada Ahad.

    Pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema tidak beraksi apabila jurulatih Carlo Ancelotti merehatkan penyerang Perancis itu menjelang perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara di Anfield esok.

    Kelmarin, Real mendominasi separuh masa pertama dengan pertahanan tengah, Eder Militao merapatkan jurang dengan sepakan voli daripada sepakan percuma pada enam minit selepas pemain tengah, Eduardo Camavinga dikasari.

    Tidak sampai lima minit kemudian penyerang Brazil, Vinicius Junior melihat usahanya untuk menjaringkan gol digagalkan oleh penjaga gol Osasuna, Sergio Herrera sebelum bola melepasi palang.

    Los Blancos tidak dapat memecahkan kebuntuan sebelum rehat ketika tuan rumah Basque meningkatkan aksi agresif mereka di bahagian pertahanan sehingga dilayangkan tiga kad kuning dalam masa 45 minit.

    Kekasaran secara fizikal oleh pasukan tuan rumah menyebabkan Ancelotti mengadu kepada pengadil semasa mereka meninggalkan padang pada waktu rehat kerana pemain Itali itu tidak berpuas hati dengan permainan pemain Osasuna kepada Vinicius.

    Kurang daripada 70 saat selepas rehat, Real hampir membuka jaringan apabila rakan senegara Vinicius, Rodrygo cuba meledak gol menerusi tendangan lencong.

    Lima minit kemudian, Vinicius menyangka dia telah menjaringkan gol pertama tetapi percubaannya ditarik balik oleh pengadil kerana ofsaid. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda