Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan larikan diri dari kebakaran di California

    LOS ANGELES, 26 JULAI – Anggota bomba sedang bergelut memadamkan kebakaran hutan yang merebak pantas di negeri California, Amerika Syarikat kelmarin, kata pihak berkuasa, dengan lebih 3,500 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka.

    Kebakaran di taman meletus pada petang Rabu, pada hari terakhir gelombang haba yang menjejas wilayah itu.

    Lebih 1,150 anggota dikerahkan untuk memadam kebakaran, yang hanya tiga peratus dapat dikawal, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (CalFire).

    Setakat 6 petang waktu tempatan, kelmarin, api kebakaran telah menyelubungi 124,949 ekar, menurut CalFire.

    Lebih 3,500 orang telah berpindah dari kawasan itu, kata Gabenor Gavin Newsom.

    Pekan Chico, di bawah ancaman kebakaran, terletak hanya 20 kilometer di barat Paradise, sebuah pekan yang musnah akibat kebakaran besar pada 2018, mengorbankan 85 orang.

    Punca kebakaran taman masih dalam siasatan, menurut CalFire. – AFP

    Salah seorang anggota bomba memadamkan kebakaran taman yang merebak ke komuniti Cohasset di Butte County, California, pada 25 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda