Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rizky Febian mohon doa peminat

    Masih berteka-teki tentang perkahwinannya, Rizky Febian enggan mengesahkan khabar angin dia bakal disatukan dengan penyanyi Mahalini pada bulan Syawal tidak lama lagi, menurut laporan mStar.

    Malah apabila ditanyakan tentang perkara itu, Rizky, 26, terus mengharapkan doa peminat agar pejalanan hubungan dia bersama Mahalini dipermudahkan.

    “Doakan sahaja. Apa lebih penting doakan semoga semuanya terbaik buat saya dan Mahalini,” katanya kepada media.

    Rizky mengulas perkara itu selepas timbul dakwaan dia dan Mahalini kini sedang menghitung hari sebelum disatukan sebagai pasangan suami isteri.

    Dalam beberapa temu-bual sebelum ini, Rizky juga pernah memberi bayangan akan segera bernikah.

    Namun disebabkan faktor perbezaan agama antara dia dan Mahalini, pasangan ini masih belum memberi kata putus tarikh pernikahan mereka.

    “Lebih penting kita sebagai umat Nabi Muhammad, sudah punya niat yang baik,” jelasnya.

    Untuk rekod, Rizky dan Mahalini melangsungkan pertunangan pada Mei tahun lalu di sebuah hotel dan majlis diadakan secara tertutup.

    Perbezaan agama antara mereka sering menjadi persoalan ramai kerana Rizky beragama Islam sedangkan Mahalini pula penganut Hindu. – Agensi

    Rizky harap hubungannya dengan Mahalini dipermudahkan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda